Kelas Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer merupakan satu pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan
pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat
membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada
cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik
minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana
dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang
yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang
berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah
diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya
menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu
senario belajar yang lebih menyeronokkan.
![]() |
| nanako sujinaro |


.jpg)

.jpg)
wow..well done
ReplyDeleteya ba wahai panji....
ReplyDelete